0139270565

1. Mereka berkawan dengan orang yang betul.Nak jadi pensyarah, berkawan dengan guru. Nak jadi Kaya berkawanlah dengan orang yang berniaga. Kita adalah siapa yang kita kawan. Kita adalah 5 orang yang paling rapat dengan kita. Cuba tengok siapa anda kawan setiap hari, siapa anda minum tiap hari.

2. Tidak bertangguhKekadang idea dah berbakul-bakul tapi tak bertindak, macam macam alasan kita berikan macam mana nak kaya. Kalau dengan pelanggan kita jangan lah bertangguh. Dah orang beri job jangan lah dilambatkan di siapkan. Pelanggan adalah utama. 69% orang lari dari bisnes kita sebab layanan pelanggan yang tidak diutamakan .

3. Buat ‘bodoh’ dengan pandangan negatif atau kutukan orang.Di dunia perniagaan memang macam tu. anda perlu ada jati diri untuk memulakan bisnes. jangan nak ikut cakap orang. usahawan memang degil. Degil bertempat. Jika anda sudah berjaya mereka yang kutuk anda tadi yang akan datang kat anda. anda perlu ada impian , jika anda tidak ada impian anda sebahagian dari impian orang lain.

4. Sikap bersyukur.Orang kaya tak suka komplen. Sentiasa bersyukur dan teruskan usaha sampai dapat. Sikap mereka berbeza dari orang biasa. tak ckap belakang, tak suka buang masa dan tak suka beri alasan.

5. Pantas Mereka pantas membuat keputusan dan pantas bertindak. Tak lah terhegih-hegih tak bersemangat. ramai orang cakap kosong, ramai orang cakap pasal orang lain tapi mereka tidak bermula.6. Mereka melabur masa mereka dengan sentiasa belajar. Jika tidak jumpa orang mereka banyak baca buku. mereka merendah diri.

6. Mereka melabur masa mereka dengan sentiasa belajar. Jika tidak jumpa orang mereka banyak baca buku. mereka merendah diri.

7. Mereka jaga kawan dan networking Mereka mempunyai kawan yang ramai. kita nak berubah adalah dari dua perkara iaitu buku apa yang kita baca dan siapa orang yang kita jumpa. kan..kan…jaga lah kawan.

8. Mereka suka berangan dan mereka dah tahu mereka akan kaya.Mereka tak perdulu apa orang kata, mereka berfikiran positif. mereka buat aja walaupun tak tahu macam mana nak buat. mereka dah setkan dalam minda mereka yang mereka akan menjadi seorang yang kaya.

9. FokusAnda nak kaya sebenarnya hanya membuat beberapa perkara betul dan tidak menggulang beberapa yang salah. anda fokus dengan apa yang anda buat. tak perlu banyak sangat bisnes nak di buat fokuskan satu atau beberapa bisnes saya anda rasa berbaloi. Saya dah terlajar..saya dah mengurus terlalu banyak syarikat dibawah dimpian group . kalau dah ada tak payah lah tutup pulak.

10. Tetap pendirian Mereka tak mudah goyang dan konsisten dengan keputusan yang dibuat. Orang kaya memang macam tu …Belajarlah dari kejayaan orang lain dan dalam masa yang sama belajarlah dari kegagalan orang lain.selamat berjaya . terima kasih kerana membaca tip ini. saya jumpa ramai sangat yang berjaya .

Anda belajar sesuatu dari perkongsian ini ?

Compare