0139270565


.
Bila bercerita tentang BAJET nak beli rumah, kita seringkali terlupa perkara mustahak yang perlu diambil kira..
.
Apa dia?
.
Bukan kelayakan pinjaman kita semata-mata..
.
Bukan kemampuan kita untuk membayar instalments bulanan saje..
.
Tapi KOS SAMPINGAN yang kita perlu sediakan untuk memulakan langkah pertama..
.
Apa yang dimaksudkan dengan kos sampingan wahai kawan..?
.
Pertama, bayaran DEPOSIT untuk booking. Biasanya 10% daripada harga rumah. Ini kita kena sediakan dulu. Kalau takde, jangan gatal nak contact owner atau ejen hartanah..
.
Kedua, legal fees + disbursements untuk peguam menyediakan SPA dan Loan Documents. Ini pon kena ada juga. Benda ni tak susah, kita boleh dapatkan dulu QUOTATION daripada lawyer untuk anggaran kos yang terlibat.
.
Ketiga, “moving in cost” yang perlu kita sediakan untuk pindah masuk rumah baru. Takkan kita nak pindah masuk rumah begitu saja? Mestilah ada sekurang-kurangnya perabot dan perkakas asas untuk kita mulakan hidup. Boleh anggarkan sendiri apa yang kita perlukan. Tak semestinya yang mahal asalkan cukup dan memadai.
.
Bila semua ni kita dah READY, barulah sedap nak buat recce.
.
Kalau recce rumah dulu tapi perkara di atas tadi belum mencukupi, ibarat kita nak window shopping ajelah..
.
Masuk kedai, tanya harga..tengok-tengok.. belek-belek.. lepas tu letak balik..
.
Sepuluh kali masuk kedai..sepuluh kali juga lah keluar tanpa hasil.
.
Kan dah buang masa namanya tu?
.
Saya bukan apa, kesian tengok ramai di kalangan pembeli rumah pertama yang macam ni..
.
So, apa kata kita usahakan untuk kumpul duit modal dari no 1 sampai no 3 tadi dulu. Bila dah NGAM baru kita call owner atau ejen hartanah untuk mulakan pencarian rumah idaman.
.
Ini barulah orang cakap “BUY WITH BRAIN”.. tak gitu?
.
rajahartanah.com

Compare